Orang ramai menjalani Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Negeri di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19 catat 2,764 kes baharu, 13 kematian

SHAH ALAM, 9 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 2,764 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes 248,316.

Ketua pengarah kesihatan berkata kes sembuh pula mencatatkan 3,887 kes dengan 196,566 pesakit berjaya sembuh sejak pandemik menular.

Berikut perincian kes harian Covid-19:

• Kes sembuh: 3,887 kes (196,566 kes kumulatif, 79.2 peratus)
• Kes baharu: 2,764 kes (248,316 kes kumulatif)
• Kes import: Enam kes (tiga warganegara; tiga bukan warganegara)
• Kes tempatan: 2,758 kes [1,850 warganegara (67.1 peratus); 908 bukan warganegara (32.9 peratus)]
• Kes aktif: 50,841 kes
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi: 289 kes
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 127 kes
• Kes kematian: 13 kes (909 kes kumulatif, 0.37 peratus)

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 862 kes atau 31.2 peratus dari keseluruhan kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 668 kes daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 521 kes dan Kuala Lumpur 422 kes,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 51 kes yang dilaporkan pula berkaitan kluster lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.


Pengarang :