Jururawat memakai sut perlindungan diri memeriksa pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 21 April 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Covid-19 catat 3,288 kes baharu, 14 lagi kematian

SHAH ALAM, 10 FEB: Sebanyak 3,288 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan keseluruhan kes 251,604 sejak pandemik menular.

Ketua pengarah kesihatan berkata tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi ialah Selangor (1,757), Kuala Lumpur (408) dan Johor (369).

“Sebanyak 63 kes atau 1.9 peratus yang dilaporkan pula berkaitan kluster lokap, depot tahanan imigresen dan penjara,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Berikut status harian kes Covid-19:

• Kes sembuh: 1,929 kes (198,495 kes kumulatif, 78.9 peratus)
• Kes baharu: 3,288 kes (251,604 kes kumulatif)
• Kes import: Lima kes (tiga warganegara; dua bukan warganegara)
• Kes tempatan: 3,283 kes [1,889 warganegara (57.5 peratus); 1,394 bukan warganegara (42.5 peratus)]
• Kes aktif: 52,186 kes
• Kes ICU: 285 kes
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 131 kes
• Kes kematian: 14 kes (923 kes kumulatif, 0.37 peratus)


Pengarang :