Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa hadir ke sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Mlaysia Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jumlah pesakit sembuh terus atasi jangkitan baharu

SHAH ALAM, 15 FEB: Bilangan kes sembuh Covid-19 dalam negara terus mengatasi kes positif baharu yang dilaporkan hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 4,521 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital berbanding 2,176 kes baharu direkodkan.

“Sebanyak 2,175 kes adalah penularan tempatan iaitu 1,618 warganegara manakala 557 warga asing. Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,735,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata terdapat pertambahan 10 kematian dengan kesemuanya adalah warga tempatan menjadikan jumlah korban sebanyak 975.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 260 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 112 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 


Pengarang :