Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 6 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes baharu Selangor kembali meningkat, semua kes tempatan

SHAH ALAM, 20 FEB: Kes harian Covid-19 di Selangor kembali ke empat angka selepas 1,001 jangkitan dilaporkan hari ini.

Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan semua kes tempatan itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 93,527 kes.

“Jumlah kes hari ini merangkumi 40.7 peratus dari 2,462 kes dicatatkan negara. Dari jumlah itu 409 jangkitan dari kluster sedia ada termasuk dua kluster baharu.

“348 kes dikesan dari saringan kontak rapat manakala 244 lagi dari lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Menurutnya satu kematian turut dilaporkan di negeri ini membabitkan wanita berusia 81 tahun di Hospital Sungai Buloh.

“Kes ke-269,875 itu menghidap sakit darah tinggi, kencing manis serta buah pinggang,” katanya.

Semalam, kes di Selangor menurun kepada tiga angka selepas 978 kes dilaporkan termasuk satu jangkitan import.


Pengarang :