Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya pada 4 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes baharu, sembuh catat angka 4,000

SHAH ALAM, 1 FEB: Kes baharu dan sembuh Covid-19 mencatat angka 4,000 hari ini dengan kes harian 4,214 dan 4,280 pulih.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah keseluruhan kes ialah 219,173 manakala kes sembuh sebanyak 170,329.

“Terdapat 48,074 kes aktif yang mana 316 mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 137 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Hari ini juga mencatatkan 10 kematian menjadikan jumlah keselurahan maut akibat wabak ialah 770,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau menambah daripada jumlah kes baharu, hanya sembilan jangkitan melibatkan kes import dan sebahagian besarnya kes tempatan.


Pengarang :