Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa hadir ke sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Mlaysia Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes sembuh catat 4,525, tertinggi sejak pandemik

SHAH ALAM, 14 FEB: Bilangan kes sembuh Covid-19 dalam negara hari ini merekodkan hampir dua kali ganda berbanding kes baharu.

Ketua pengarah kesihatan berkata terdapat 4,525 kes pulih berbanding 2,464 kes baharu sekali gus mencatatkan angka sembuh tertinggi sejak pandemik.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada wabak adalah 213,814 atau 80.9 peratus.

“Sebanyak 2,461 kes baharu adalah penularan tempatan iaitu 1,705 warganegara dan bakinya warga asing manakala dua daripada tiga kes import membabitkan warganegara serta satu warga asing,” katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata tujuh lagi kematian dilaporkan melibatkan tiga di Sarawak, Selangor (dua) serta Sabah dan Pulau Pinang (satu) dengan kesemuanya warganegara.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 260 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 111 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.


Pengarang :