Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 13 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Kes sembuh menyamai jangkitan baharu, catat lebih 3,000

SHAH ALAM, 5 FEB: Jumlah kes sembuh Covid-19 menyamai jangkitan baharu iaitu 3,391 kes baharu sementara kes pulih berbeza satu angka iaitu 3,392.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata dengan bilangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu ialah 234,874 dan 185,278 kes pulih.

“Terdapat 19 kematian melibatkan 17 warganegara dan dua warga asing dari lima negeri iaitu Kuala Lumpur (tujuh), Sabah (lima), Selangor dan Sarawak (dua) dan Perak (satu).

“Selain itu, seramai 310 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sementara 134 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah sebanyak 15 kluster baharu dikesan melibatkan tempat kerja (12), komuniti (dua) dan kumpulan berisiko (satu).


Pengarang :