Dua wanita dilihat memakai penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan jangkitan Covid-19 ketika tinjauan di tempat perhentian teksi Bandar Seremban pada 14 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Negeri Sembilan, Sarawak catat kadar kebolehjangkitan harian tertinggi semalam

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 harian tertinggi negara, iaitu masing-masing pada 1.06 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93.

Negeri-negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90 iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51.

Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.91, katanya.

Dilapor semalam, sebanyak 2,998 kes baharu Covid-19 dan 22 kematian direkodkan dalam negara.

– BERNAMA


Pengarang :