Orang ramai mematuhi arahan menggunakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Selangor catat kadar jangkitan harian tertinggi

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.13 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Johor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Melaka (1.09), Kuala Lumpur (1.06), Sarawak (1.05), Pahang (1.01) dan Terengganu (1.00).

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Perak 0.95, Pulau Pinang (0.92), Negeri Sembilan (0.89), Labuan (0.88), Kedah (0.86), Sabah (0.85), Putrajaya (0.80), Kelantan (0.76) dan Perlis (0.62).

Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.99, katanya.

– BERNAMA


Pengarang :