Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 6 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dua kluster baharu babitkan kilang di Selangor

SHAH ALAM, 19 FEB: Sebanyak dua lagi kluster baharu tempat kerja melibatkan kilang dikesan di Selangor hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Komplek Perabut di Kuala Langat dikenal pasti hasil saringan bersasar dilakukan sebuah kilang di Olak Lempit.

“Sehingga hari ini, 287 pekerja sudah disaring dan 21 darinya disahkan positif Covid-19.

“Kluster Jalan Sementa melibatkan kilang di Seksyen 27, Shah Alam. Kes mula dikesan kelmarin dan setakat ini 115 sudah menjalani saringan dengan 12 didapati positif,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hari ini bilangan kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada tiga angka selepas 978 kes dilaporkan termasuk satu jangkitan import.

Jumlah itu merupakan 33.3 peratus dari keseluruhan 2,936 kes direkodkan hari ini.


Pengarang :