Rodziah Ismail menyampaikan sumbangan wang tunai dan peralatan sekolah ketika program Kembali ke Sekolah di Dewan Pusat Wanita Berdaya DUN Batu Tiga, Shah Alam pada 23 Februari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Batu Tiga agih alatan sekolah, bantu 514 pelajar kurang mampu

SHAH ALAM, 24 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga memperuntuk lebih RM60,000 bagi membantu 514 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah sempena sesi persekolahan minggu depan.

Wakil rakyatnya Rodziah Ismail berkata bantuan meliputi wang tunai dan barangan persekolahan seperti tali pinggang, stoking serta kapur kasut selain 50 komputer riba.

“Kita harap bantuan ini dapat meringankan beban keluarga memandangkan masih ramai yang terkesan akibat penularan Covid-19,” katanya pada program Kembali ke Sekolah DUN Batu Tiga semalam.

Rodziah berkata sumbangan terbabit mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor, Pemerbadanan Menteri Besar dan individu perseorangan.

Jelasnya, agihan kepada 250 keluarga diserahkan secara berperingkat hingga hujung minggu ini.


Pengarang :