Ng Sze Han menjawab pertanyaan ketika sesi temu bual bersama Media Selangor di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 11 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Laluan bas Smart Selangor mini dalam kajian

SHAH ALAM, 19 FEB: Kerajaan Negeri sedang mengkaji secara menyeluruh bagi menentukan laluan bas Smart Selangor mini.

EXCO pengangkutan berkata bagaimanapun perkhidmatan bas berkapasiti kecil itu akan memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar dan desa.

“Sekarang cuma ada dua bas mini beroperasi di Sepang. Kerajaan Negeri sedang mengkaji bagi menambah jumlahnya termasuk menetapkan laluan sesuai,” kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Beliau berkata bas Smart Selangor mini membabitkan perbelanjaan lebih murah berbanding bas sedia ada dan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah (B40) terutama di kawasan pendalaman.

Pada 10 Oktober tahun lalu Sze Han mencadangkan penggunaan bas mini bagi mengganti bas Smart Selangor sedia ada untuk perkhidmatan di kawasan luar bandar.


Pengarang :