ADN Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof membantu menyediakan pek makanan kepada calon SPM pada 24 Februari 2021. Foto Facebook
ADNSELANGOR

Hampir 700 calon SPM DUN Dusun Tua terima pek makanan

SHAH ALAM, 24 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua menyediakan pek makanan kepada 689 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dua sekolah kawasannya hari ini.

Wakil rakyatnya berkata seramai 419 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil dan 270 dari SMK Dusun Nanding, Hulu Langat menerima bantuan tersebut.

“Sumbangan ini bertujuan memberi semangat kepada calon SPM ini untuk menjawab peperiksaan selain tidak mahu mereka kelaparan.

“Saya berharap makanan yang disediakan pasukan Gerak 23 DUN Dusun Tua membantu mereka lebih fokus dan semoga berjaya menduduki SPM,” kata Edry Faizal Eddy Yusof kepada SelangorKini.

Menurutnya, sebanyak RM6,000 diperuntukkan untuk kedua-dua sekolah tersebut dengan harapan mampu meringankan beban keluarga dan pihak sekolah.


Pengarang :