Borhan Aman shah meneliti kualiti tumbuhan jenis Lehmani dalam program Kita ke Kampung Edisi Kraf di Batu 8 Sijangkang pada 19 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jana pendapatan, manfaat tanah terbiar kawasan luar bandar

KUALA LANGAT, 20 FEB: Masyarakat luar bandar disaran memanfaatkan tanah kosong dimiliki bagi meningkatkan taraf hidup dan menjana pendapatan.

EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi berkata penduduk boleh mengusahakan tanah terbiar dengan menanam sayuran dan buah-buahan untuk dijual.

“Kampung biasanya memiliki banyak tanah dengan keluasan sangat besar, namun tidak digunakan sebaik mungkin hingga tumbuh belukar dan tidak mendatangkan hasil.

“Jadi, penduduk perlu guna peluang itu untuk perkara yang boleh memberi dampak terhadap ekonomi keluarga dan kampung mereka,” kata Borhan Aman Shah.

Beliau yang ditemui pada program Kita Ke Kampung di Batu 8 Sijangkang semalam memaklumkan bantuan modal turut disediakan bagi individu yang berminat menjalankan sebarang perusahaan.

 


Pengarang :