Persembahan seni muzik angklung ketika program Jelajah Rentak Selangor di Sekolah Sri Pintar, Shah Alam pada 20 Februari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jelajah Rentak Selangor potensi jadi program tahunan

KUALA LANGAT, 21 FEB: Jelajah Rentak Selangor berpotensi dijenamakan dan menjadi program tahunan Kerajaan Negeri.

EXCO kebudayaan dan warisan berkata bagaimanapun perkara tersebut akan diteliti bagi memastikan keberkesanannya.

“Insya-Allah program ini terus dilaksana tetapi kita akan fikir cara untuk tambah baik bagi memastikan mendapat tempat di hati masyarakat terutama golongan muda,” kata Borhan Aman Shah.

Beliau berkata demikian selepas program Jelajah Rentak Selangor Siri Satu yang menampilkan demonstrasi seni muzik cempuling di Kampung Sungai Lang Tengah di sini semalam.

Jelajah Rentak Selangor menampilkan persembahan dari kumpulan Irama Damai dan Riadah Cempuling dari Kampung Sungai Lang Tengah.

Turut ditampilkan persembahan seni muzik angklung dari kumpulan Warisan Seni oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda, Shah Alam.

Jelajah itu diteruskan lagi hari ini dengan menampilkan seni muzik dan tradisional dari masyarakat Orang Asal di Gombak.


Pengarang :