Petugas Kesihatan Selcare melakukan saringan Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor kekal empat angka, tiga kluster baharu

SHAH ALAM, 11 FEB: Kes harian Covid-19 di Selangor masih kekal empat angka meskipun menurun kepada 1,085 berbanding 1,757 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 324 kes berkaitan kluster sedia ada termasuk 52 kes kluster baharu.

“Tiga kluster baharu adalah kluster Tapak Bina Lembah Subang dan kluster Subang Delima di daerah Petaling serta kluster Jalan Bukit Sentosa di daerah Hulu Selangor.

“Selain itu sebanyak 574 kes hasil saringan kontak rapat, 181 kes lain-lain saringan dan tiga kes import,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Malaysia merekodkan 3,384 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 254,988 kes dengan 51,783 daripadanya kes aktif.

 


Pengarang :