Petugas Kesihatan Selcare melakukan saringan Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor kekal lebih 1,000, dua kluster baharu

SHAH ALAM, 12 FEB: Kes Covid-19 di Selangor meningkat kepada 1,214 jangkitan hari ini berbanding 1,085 semalam, kata ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Beliau berkata sebanyak 489 kes daripada kluster sedia ada manakala 78 kes kluster baharu iaitu kluster Tapak Bina Damar (Sepang) dan kluster Taman Industri (Petaling).

“Sebanyak 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif, satu kes import dan 357 kes lain-lain saringan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata enam kematian baharu turut direkodkan di negeri itu membabitkan empat lelaki warganegara, seorang lelaki warga asing dan seorang wanita warganegara berusia lingkungan antara 54 hingga 97 tahun.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan sebanyak 1,300 pesakit pulih menjadikan keseluruhan sembuh 78,049.

“Jumlah kes aktif yang sedang dirawat pula 6,234, tiga daripadanya jangkitan luar negara,” katanya melalui perkongsian data di Facebook.

Malaysia mencatat 3,318 kes baharu hari ini dengan tujuh jangkitan import, menjadikan jumlah terkumpul 258,306.


Pengarang :