Petugas kesihatan Selcare membuat ujian calitan kepada peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor naik kepada 2,056, empat kematian

SHAH ALAM, 4 FEB: Jangkitan Covid-19 di Selangor hari ini meningkat kepada 2,056 kes berbanding 1,572 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 631 kes berpunca dari kluster sedia ada termasuk kluster baharu iaitu kluster Jalan Industri Rawang, kluster Jalan Gombak dan kluster Jalan Jasmine.

“Sementara 727 kes daripada saringan kontak rapat, dua mendapat jangkitan dari luar negara dan 696 kes pula daripada lain-lain saringan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut memaklumkan negeri ini mencatatkan empat kematian membabitkan tiga lelaki berusia dari 35 hingga 80 tahun dan seorang wanita berusia 63 tahun.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melaporkan sebanyak 2,545 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih 67,135.

Katanya, sehingga kini sebanyak 177 kematian dilaporkan manakala terdapat 6,757 kes aktif.


Pengarang :