Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa hadir ke sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Mlaysia Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes Covid-19 di Selangor turun tiga angka, satu jangkitan import

SHAH ALAM, 19 FEB: Bilangan kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada tiga angka selepas 978 kes dilaporkan termasuk satu jangkitan import.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah itu melibatkan 33.3 peratus dari keseluruhan 2,936 kes direkodkan hari ini.

“Sebanyak 256 kes dikesan dari kluster sedia ada termasuk 31 dari kluster baharu iaitu kluster Kompleks Perabut dan Jalan Sementa.

“466 kes dicatatkan hasil saringan kontak rapat manakala 255 membabitkan lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya tiga kematian turut dilaporkan di negeri ini melibatkan lelaki warganegara berusia 70 hingga 82 tahun.

“Semua pesakit mempunyai latar belakang sakit kronik seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan jantung,” katanya.

Semalam, Selangor mencatatkan kes tertinggi selepas 1,013 jangkitan direkodkan.

 


Pengarang :