Orang ramai menunggu giliran untuk mengesahkan pendaftaran sebelum dibenarkan menjalani ujian calitan pada program Saringan Komuniti Covid-19 bersasar percuma di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Klang (MPK) Pendamar Indah 2, Pelabuhan Klang pada 27 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kes harian Covid-19 di Selangor kekal bawah 1,000

SHAH ALAM, 28 FEB: Angka harian Covid-19 di Selangor menunjukkan sedikit peningkatan namun masih kekal di bawah 1,000 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), sebanyak 914 kes baharu direkodkan berbanding 862 kes semalam.

“Angka ini turut melibatkan lima kes tahanan penjara di daerah Hulu Langat dan satu kes penjara Kuala Langat.

“Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Selangor adalah 99,893 dengan 2,943 daripadanya kes aktif,” katanya menerusi Facebook.

Malaysia merekodkan 2,437 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 300,752 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 pula adalah 26,205 kes.

 


Pengarang :