Orang ramai menunggu giliran untuk membuat pendaftaran sebelum melakukan saringan Covid-19 percuma secara bersasar di Dewan Tanjung Seksyen 19, Shah Alam pada 17 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kes positif Covid-19 di Selangor turun, 12 kematian

SHAH ALAM, 18 FEB: Kes positif Covid-19 di Selangor menurun kepada 1,013 kes berbanding 1,382 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 795 adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Menurutnya sebanyak 12 kematian direkodkan di negeri itu membabitkan lingkungan usia 58 hingga 82 tahun.

“Sebanyak 497 kes daripada kluster sedia ada termasuk 85 daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Kemuning, Kluster Jalan Jitu, Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Mayang, dan Kluster Jalan Industri Kidamai.

“Manakala, 298 kes daripada saringan kontak rapat dan 218 kes daripada lain-lain saringan,” katanya dalam kenyataan media.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor turut memaklumkan sebanyak 1,368 pesakit pulih manakala kes aktif pula mencatatkan 4,861 kes.


Pengarang :