Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) mengadakan perbincangan semasa melawat lokasi cadangan taska anak-anak petugas barisan hadapan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Maeps, Serdang pada 2 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

KKM setuju kongsi data MySejahtera- SELangkah – MB

SHAH ALAM, 2 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju menggabungkan data MySejahtera dan aplikasi dibangunkan Kerajaan Negeri, Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Dato’ Menteri Besar berkata sehubungan itu beberapa langkah akan dibuat termasuk menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) supaya dapat dikemas kini segera bagi mengesan penularan Covid-19 dengan pantas.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Adham Baba) dan beliau bersetuju mengenai gabungan data kedua-dua aplikasi ini.

“Malah, hasil maklumat diperoleh dari CPRC juga mampu dijadikan analisa kepada kementerian untuk mengenal pasti kawasan penyebaran wabak Covid-19 sedia ada,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian kepada Media Selangor selepas lawatan ke taska sementara anak-anak petugas barisan hadapan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

Pada 20 Januari, Amirudin berkata fungsi aplikasi SELangkah ditambah baik bagi membantu pengawasan kendiri pesakit Covid-19.

Pembaharuan dengan kerjasama Selgate Healthcare melibatkan talian khas dan pusat panggilan yang beroperasi 24 jam bagi membimbing penggunaan kit kendiri.


Pengarang :