Sebahagian dari 300 pekerja Top Glove yang dibawa keluar oleh petugas kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19 di Asrama Pekerja Top Glove Meru Klang pada 23 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kluster tapak binaan punca Petaling tertinggi kes Covid-19

SHAH ALAM, 3 FEB: Petaling menjadi daerah tertinggi kes harian Covid-19 apabila merekodkan 713 kes hari ini berpunca dari saringan pekerja kluster Tapak Bina Muda di mukim Petaling iaitu 488 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata mukim Damansara merekodkan 67 kes diikuti mukim Sungai Buloh (47) dan mukim Bukit Raja (16).

“Klang pula mencatat 218 kes dan majoriti kes berlaku di mukim Klang disebabkan saringan kontak rapat sehingga mencatat 168 kes di kawasan berkenaan.

“Hulu Langat pula 186 kes apabila mukim Kajang merekodkan 97 kes diikuti mukim Ampang (33), mukim Cheras (22), mukim Hulu Langat (18) dan Semenyih (14),” katanya menerusi Facebook.

JKNS turut memaklumkan mukim Dengkil di Sepang menjadi penyumbang tertinggi kes iaitu 119 kes dari saringan pekerja kluster Jalan City.

Menurutnya, Kuala Langat pula merekodkan 112 kes diikuti Gombak (83), Hulu Selangor (72) dan Kuala Selangor (23).

“Sabak Bernam pula hanya mencatatkan satu kes dari saringan pra penerbangan di Bagan Nakhoda Omar,” katanya.


Pengarang :