Borhan Aman Shah (kiri) meninjau persekitaran Taman Rekreasi Paya Bakau, Kuala Langat pada 19 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kreatif tonjol identiti kampung tradisi, pikat ramai pelancong

KUALA LANGAT, 20 FEB: Penduduk kampung tradisi disaran menonjolkan identiti dan keistimewaan kawasan masing-masing untuk menarik kedatangan pelancong.

EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi berkata setiap kawasan mempunyai keunikan tersendiri yang boleh diketengahkan sebagai ikon.

“Saya percaya masyarakat kampung mempunyai idea luar kotak pemikiran, justeru mereka harus kenal pasti aktiviti atau identiti kawasan yang boleh diberi tumpuan.

“Misalnya wujud kampung tradisi yang terkenal dengan alam semula jadi, makanan jawa, kerepek dan hab nenas,” kata Borhan Aman Shah selepas melawat Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang semalam.

Beliau turut memuji kesepakatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sijangkang yang mewujudkan taman rekreasi bagi menutup lubuk pembuangan sampah haram.

Menurut Borhan, taman berkeluasan 60 ekar itu kian popular dalam kalangan pelajar untuk membuat kajian dan penyelidikan serta berharap ia kekal terpelihara.

“Saya akan ambil inisiatif untuk memastikan ketua kampung dan komuniti memeliharanya sebagai tarikan pelancong dan dicontohi kampung lain,” katanya.


Pengarang :