Orang ramai hadir menjalani Saringan Komuniti percuma secara bersasar di Dewan Tanjung Seksyen 19, Shah Alam pada 17 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kuala Langat rekod kes tertinggi Covid-19

SHAH ALAM, 18 FEB: Kuala Langat menjadi daerah tertinggi kes positif Covid-19 hari ini dengan rekod 249 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan kes itu rata-ratanya berpunca daripada jangkitan di tempat kerja.

“Klang pula daerah kedua tertinggi dengan catatan 238 kes diikuti Petaling (169), Hulu Langat (166) dan Gombak (111).

“Manakala, Kuala Selangor pula mencatatkan 33 kes, Sepang (29), Hulu Selangor (14) dan Sabak Bernam (empat), katanya di Facebook.

Keseluruhan kes baharu positif Covid-19 di Selangor hari ini adalah 1,013 kes dengan 1,368 pesakit pulih.


Pengarang :