Petugas kesihatan melakukan persiapan bagi proses ujian saringan Covid-19 kepada orang ramai yang hadir membuat ujian saringan bersasar ketika tinjauan di Klinik Kesihatan Membedai Labuan. Foto: BERNAMA
SELANGOR

Lagi tiga kluster baharu babit tempat kerja di Selangor

SHAH ALAM, 14 FEB: Tiga lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan di Selangor dengan kesemuanya membabitkan tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster tersebut ialah kluster Tapak Bina Jalan Setia dan kluster Jalan Sepuluh di Petaling serta kluster Jalan Jelatek di Gombak.

“Kes kluster Tapak Bina Jalan Setia diuji positif hari ini hasil saringan bersasar pekerja sebuah tapak binaan di Jalan Setia Murni, Setia Alam.

“Setakat ini, 320 individu disaring dan 36 daripadanya positif,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 35 individu positif daripada kluster Jalan Jelatek hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang di Pusat Perniagaan Jelatek, Gombak.

Dr Noor Hisham memaklumkan kes kluster Jalan Sepuluh dikesan positif bermula 31 Januari lalu hasil saringan bersasar pekerja di sebuah gudang di Jalan U10/10D, Shah Alam.

Menurutnya, seramai 32 daripada 250 individu yang disaring disahkan positif wabak.

Perincian lapan kluster lain dalam negara:

1. Kluster Jalan Istimewa Cemerlang – kluster tempat kerja di Johor Bahru, Johor

2. Kluster Batu 57 – kluster tempat kerja di Batu Pahat, Johor

3. Kluster Jalan Usaha Satu – kluster tempat kerja di Johor Bahru dan Pontian, Johor

4. Kluster Jalan Tebrau Khas – kluster tempat kerja di Johor Bahru dan Kulai, Johor

5. Kluster Jalan Persiaran Teknologi Kulai – kluster tempat kerja di Johor Bahru dan Kulai, Johor

6. Kluster Ria Jaya – kluster tempat kerja di Kuala Muda, Kedah

7. Kluster Patikang Ulu – kluster komuniti di Keningau, Sabah

8. Kluster Jalan Badak – kluster keagamaan di Kinta dan Kuala Kangsar, Perak


Pengarang :