Lembaga Zakat Selangor (LZS) membawa lelaki warga emas yang ditinggalkan ahli keluarga di surau ke rumah kebajikan Rufaidah Home Care Services, Dengkil. Foto Lembaga Zakat Selangor
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Lelaki ditinggalkan di surau dihantar ke rumah kebajikan

SHAH ALAM, 7 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan tempat berteduh kepada seorang lelaki warga emas yang ditinggalkan di surau dekat Subang kelmarin.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan pihaknya setuju menempatkan lelaki berkenaan di rumah kebajikan Rufaidah Home Care Services, Dengkil.

“Pilu hati kami ketika beliau berkongsi cerita ditinggalkan di surau oleh anak saudaranya sendiri.

Seorang warga emas ditemui di surau selepas ditinggalkan oleh ahli keluarganya sendiri. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor

“Alhamdulillah, selepas berunding beliau setuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan dengan ditanggung oleh LZS termasuk kos rawatan kesihatannya,” kata agensi itu di Facebook.

LZS berkata warga emas itu juga tidak sangka diperlakukan sedemikian kerana pada mulanya ahli keluarga itu mengajak ke surau kerana mahu solat berjemaah.

“Umpan itu akhirnya berjaya, pakaian juga telah siap diletak dalam beg untuk bekalan beliau.

“Ketika kami sampai, beliau mengadu kakinya sakit akibat jangkitan kuman, perutnya lapar dan keletihan. Bagaimanapun, terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba sedaya upaya untuk salurkan zakat anda kepada mereka yang berhak,” jelasnya.


Pengarang :