Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan sumbangan bekalan makanan bulanan kepada keluarga asnaf di Klang pada 7 Februari 2021. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Lima keluarga asnaf di Klang terima bantuan makanan bulanan

SHAH ALAM, 8 FEB: Lima keluarga asnaf dari dua kariah masjid di Klang menerima bantuan bekalan makanan bulanan semalam, kata Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi berkata keluarga dari kariah Masjid Ar Rahman Pandamaran Jaya dan Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang turut menerima bantuan sewa rumah, kewangan bulanan, pendidikan dan perubatan.

“Kesemua yang diziarahi adalah asnaf fakir miskin yang baru sahaja diluluskan bantuan makanan bulanannya.

“Pada program tersebut kita serahkan bantuan makanan kali pertama kepada mereka manakala bulan berikutnya akan di hantar ke rumah melalui pihak Teraju Ekonomi Asnaf (Teras),” katanya menerusi Facebook.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Divisyen Operasi Agihan Abd Basith Hamid bersama ketua Jabatan Operasi Agihan.


Pengarang :