Bas Smart Selangor yang akan digunakan untuk kemudahan pesakit Covid-19. Foto Facebook Selangor State Government
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Lima lagi Bas Smart Selangor sedia digerak, bawa pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 19 FEB: Kerajaan Negeri sedia menggerakkan lima lagi Bas Smart Selangor untuk membawa pesakit Covid-19 jika ada keperluan.

EXCO pengangkutan berkata menerusi Pakej Kita Selangor sebanyak 10 bas dikhaskan untuk bawa pesakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Serdang.

“Kita memberi komitmen penuh kepada Kementerian Kesihatan agar urusan membawa pesakit dan petugas barisan hadapan berjalan lancar.

“Sekiranya lima unit bas tidak cukup, lima lagi baki bas ini sedia bergerak sekiranya diperlukan,” kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Pada 20 Januari lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Bas Smart Selangor akan digunakan untuk membawa pesakit Covid-19 dari rumah ke PKRC.

Pakej dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.


Pengarang :