Petugas LZS menyampaikan bantuan makanan kepada sebuah keluarga yang dijangkiti Covid-19 di Kuala Langat pada 9 Februari 2021 dengan meletakkan sumbangan tersebut di luar pagar. Foto Facebook LZS
AGENSI SELANGOR

Lima sekeluarga positif Covid-19 terima bantuan makanan LZS

SHAH ALAM, 9 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan makanan kepada lima sekeluarga yang berputus bekalan kerana menjalani kuarantin.

Agensi berkata keluarga dari Kuala Langat itu dikuarantin di rumah selepas mereka disahkan positif Covid-19.

“Pihak kami bergegas membeli barang keperluan makanan dan menyerahkan kepada keluarga yang terkesan ini.

“Serahan makanan tetap disampaikan walau hanya diletakkan di luar pagar,” katanya menerusi Facebook.

LZS juga mendoakan semoga keluarga terbabit sembuh daripada wabak dengan segera.


Pengarang :