Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni ibu tunggal Arlyiza Ramli bersama anak-anaknya dan menyerahkan sumbangan pada 11 Februari 2021. Foto Facebook LZS.
AGENSISELANGOR

LZS bina rumah baharu, salur bantuan kepada balu anak lima

SHAH ALAM, 12 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu membina rumah baharu untuk balu lima anak yang mana empat daripadanya adalah pelajar tahfiz.

Agensi berkata Arlyiza Ramli yang sebelum ini tinggal di Kuala Selangor hanya menjana pendapatan dengan mengambil upah mengasuh kanak-kanak.

“Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke rumahnya menyebabkan beliau hilang punca pendapatan.

“Pihak zakat juga mengambil inisiatif membantu beliau dari segi kewangan dan makanan bulanan, yuran serta keperluan sekolah bagi meringankan bebannya,” kata LZS menerusi Facebook.

Tambahnya, kesemua sumbangan adalah hasil caruman zakat orang ramai.

“Semoga Allah memberkati harta dan kehidupan para pengeluar zakat dan asnaf di negeri Selangor,” katanya.


Pengarang :