Kakitangan LZS memujuk seorang lelaki (kiri) untuk berpindah ke bilik sewa yang lebih selesa selepas hampir empat tahun hidup menumpang di surau.
AGENSISELANGOR

LZS: Warga emas tinggal di surau dapat bilik sewa

SHAH ALAM, 13 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan bilik sewa buat seorang warga emas yang didapati hampir empat tahun hidup menumpang di surau.

Agensi itu menerusi kenyataan berkata bayaran sewa bulanan ditanggung LZS sementara badan bukan kerajaan (NGO) menyediakan perabot bilik tidur buat lelaki berkenaan.

“Difahamkan, pakcik berkenaan menumpang teduh di surau dan menjual dadih demi kelangsungan hidup hanya kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak.

“Sebenarnya sudah beberapa kali pakcik berkenaan dipujuk untuk berpindah daripada surau, tetapi ditolak dan akhirnya beliau berjaya dipujuk untuk berpindah ke bilik sewa di Seksyen 17, Shah Alam,” katanya.

LZS juga memaklumkan usaha itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Kemasyarakatan Asnaf Seksyen 7 dan sebuah televisyen swasta.

“Terima kasih pembayar Zakat Selangor kerana wang zakat yang anda tunaikan dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

 


Pengarang :