AGENSISELANGOR

Mais gesa wanita tular di WhatsApp tampil beri kerjasama

SHAH ALAM, 19 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meminta wanita yang tular menerusi rakaman video di aplikasi WhatsApp semalam tampil bagi membantu semakan dan pengesahan.

Agensi itu memaklumkan dalam rakaman dibuat individu tersebut beberapa kali menyebut ustaz dari Mais yang boleh menimbulkan kekeliruan.

“Kita memandang serius perkara ini dan sedang membuat semakan lebih lanjut melalui Sektor Audit dan Integriti.

“Tindakan itu yang dibuat secara menyeluruh dan terperinci tanpa kompromi kepada semua pihak berkaitan adalah penting bagi menjaga nama baik Mais,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Semalam tular di WhatsApp berhubung video berkaitan seorang wanita kononnya mendakwa seorang ustaz dari Mais memberitahu kegagalan menguruskan harta pusaka akan memberi kesan buruk terhadap kubur si mati.

Mais menjelaskan pihaknya bimbang perkara itu boleh menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam.

“Oleh itu kami memohon individu terlibat agar tampil berhubung dengan pegawai Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-55143752 bagi memberi keterangan,” katanya.


Pengarang :