AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB, dua pakar bincang ekonomi pascawabak Selasa ini

SHAH ALAM, 21 FEB: Orang ramai yang mahu mengetahui perancangan ekonomi negeri selepas wabak Covid-19 boleh mengikuti siaran langsung forum dalam talian pada malam 23 Februari.

Topik itu akan dibincang Dato’ Menteri Besar Dato’  Seri Amirudin Shari bersama dua ahli ekonomi Jomo KS dan Dr Nungsari Ahmad Radhi pada jam 8 malam.

Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar yang juga ahli Lembaga Pengarah Media Selangor menjadi pemudah cara forum bertajuk Ekonomi pascapandemik: Ke mana hala tuju?

Acara anjuran Media Selangor, anak syarikat Kerajaan Selangor, akan dipancar melalui Facebook Amirudin Shari dan Media Selangor serta YouTube SelangorTV.


Pengarang :