– Majlis Simbolik Penyerahan Cek Dana Bantuan Bakul Makanan Selangor melibatkan peruntukan sebanyak RM4.35 juta dengan kerjasana Bingkisan Mesra Sdn Bhd (BMSB), Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) dan Yayasan Food Bank Malaysia (YBFM) yang akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Selangor berlangsung di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 18 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Lima golongan terima bantuan makanan, ringankan beban

SHAH ALAM, 18 FEB: Kerajaan Negeri akan memberi Bantuan Bakul Makanan kepada lima golongan yang diagihkan secara berperingkat.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif itu bakal memanfaatkan pemandu teksi (6,233 orang), pemandu bas sekolah (1,601), pemandu lori KDEB Waste Management (8,432), ketua rumah orang asal (6,000) dan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) (2,361).

Jelas beliau, Kerajaan Negeri turut menyalurkan bantuan RM50 kepada 3,004 penghuni PPR Lembah Subang 1 meskipun perumahan tersebut di bawah tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Mungkin sumbangan bekalan makanan asas ini tidak sebesar mana, namun diharap dapat meringankan beban golongan terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar hari ini.

Pada 20 Januari Kerajaan Negeri mengumumkan sejumlah RM1.3 juta untuk melaksanakan inisiatif Bakul Makanan kepada penduduk terjejas akibat Covid-19.

Bantuan Bakul Makanan antara inisiatif Pakej Kita Selangor dengan implikasi kewangan RM73.9 juta untuk mendepani kesan PKP 2.0.


Pengarang :