Dato’ Seri Amirudin Shari melawat bengkel automotif selepas merasmikan penjenamaan Kolej Antarabangsa INPENS dan penyampaian sijil tamat latihan program IKTISASS di Kolej Antarabangsa INPENS, Kuala Selangor pada 25 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB saran selaras sistem pendidikan TVET, elak ketinggalan

SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan persekutuan disaran menilai semula sistem pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang masih ketinggalan berbanding negara lain.

Dato’ Menteri Besar berkata latihan kemahiran di bawah pelbagai kementerian ketika ini merencatkan usaha melahirkan ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Saya pernah mengadakan lawatan kerja ke Jerman dan mendapati negara itu hanya memiliki satu jajaran pendidikan teknikal.

“Perkara ini berbeza dengan Malaysia apabila pertindihan tugas melibatkan ramai menteri menyebabkan ekosistem pendidikan TVET gagal capai matlamat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada forum Ekonomi pascapandemik: Ke mana hala tuju? secara maya malam tadi.

Kerajaan Selangor melaksanakan Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) bagi melahirkan sumber tenaga berdisplin dan berdaya saing.

Program sebahagian Belanjawan Negeri 2021 melatih peserta memenuhi keperluan industri dan meneroka peluang pekerjaan baharu yang memenuhi piawaian antarabangsa.

Inisiatif bersifat menyeluruh melalui penglibatan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) bagi melengkapkan ekosistem TVET.


Pengarang :