Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan pasukan beliau di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan membincangkan gerak kerja pengurusan Covid-19 pada 2 Februari 2021. Foto: Facebook Dato’ Menteri Besar
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Selangor-Persekutuan setuju kerjasama tangani Covid-19

SHAH ALAM, 3 FEB: Kerajaan Selangor dan Persekutuan mencapai kata sepakat dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata keputusan itu terjalin hasil perbincangan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) semalam.

Beliau menjelaskan antara isu disentuh ialah vaksin Covid-19, Pusat Transit Sementara (PTS), pewartaan, perkongsian data dan kerjasama agensi Kerajaan Negeri.

“Insya-Allah, berkat kerjasama dan persetujuan menteri dan pasukannya, kita akan umumkan beberapa kesepakatan yang berjaya dicapai – kemuncak kepada usahasama Persekutuan dan negeri tanpa menyembunyikan maklumat (working in silos),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook malam tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan membincangkan gerak kerja pengurusan Covid-19 pada 2 Februari 2021. Foto: Facebook Dato’ Menteri Besar

Beliau berkata pertemuan antara kedua pihak turut membabitkan pasukan kesihatan Selangor dan Kementerian Kesihatan (KKM) menghasilkan keputusan sangat produktif dan bakal melancarkan gerak kerja pengurusan wabak Covid-19.

“Di sebalik kesuraman dan kesedihan (doom and gloom) yang biasa kita dengar apabila dihadapkan dengan angka jangkitan meningkat, ternyata perbincangan ini melegakan.

“Ia memberi harapan untuk sama bergabung tenaga (put our heads together) memberikan yang terbaik buat Selangor dan Malaysia,” katanya.

 


Pengarang :