Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Datuk Abu Sujak Mahmud
AGENDANASIONAL

MB ucap takziah kepada keluarga Abu Sujak

SHAH ALAM, 12 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Dato’ Abu Sujak Mahmud yang meninggal dunia petang semalam.

Amirudin melalui perkongsian di Facebooknya semalam berkata, Allahyarham merupakan tokoh yang telah menabur bakti dan berkhidmat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam pertama dilantik pada 10 Oktober 2000.

“Menerima berita duka Dato’ Abu Sujak Mahmud telah menghembuskan nafas terakhir. Allahyarham merupakan tokoh yang telah menabur bakti dan merupakan mantan Timbalan Menteri Besar Selangor.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat. Takziah diucapkan kepada keluarga,” tulisnya.

Allahyarham merupakan anak jati Kampung Jawa, Klang memegang jawatan sebagai timbalan kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada Nov 1989, sehingga Pilihan Raya Umum 1990.

Allahyarham juga menyandang kerusi Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang selama dua penggal bermula tahun 1986 hingga 1995, dan kemudian menjadi ADN Batu Tiga selama satu penggal sehingga tahun 1999, yang kesemuanya atas tiket Barisan Nasional.


Pengarang :