PBTSELANGOR

MBSA peruntuk RM50,000 laksana program bantuan makanan

SHAH ALAM, 6 FEB: Sebanyak RM50,000 diperuntuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi melaksanakan program Bakul Prihatin, kata ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya.

Shahrin Ahmad berkata program yang bermula 8 Februari itu turut mendapat kerjasama Pasaraya 99Speedmart melalui pakej pembelian barangan makanan asas dan barang keperluan nutrisi bayi.

“Pada masa sama, sebanyak RM130,000 hasil daripada kutipan caj beg plastik 99Speedmart juga akan digunakan bagi pogram berkenaan.

“Program Bakul Makanan MBSA ini digerakkan khusus bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :