Seorang wanita kelihatan tenang ketika menjalani ujian calitan dalam program Saringan Komuniti Covid-19 bersasar secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Mukim Kajang catat kes Covid-19 tertinggi

SHAH ALAM, 28 FEB: Daerah Hulu Langat merekodkan angka harian Covid-19 tertinggi dengan 374 kes, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Agensi berkata lebih separuh kes di daerah itu melibatkan mukim Kajang (295), Ampang (27), Cheras (27), Hulu Langat (tujuh), Semenyih (empat) dan Beranang (dua), selain lima tahanan penjara.

“Daerah kedua tertinggi adalah Petaling dengan kebanyakan kes di mukim Sungai Buloh (120), Damansara (115), mukim Petaling (60) dan Bukit Raja (15),” katanya menerusi Facebook.

Menurut JKNS, daerah Kuala Langat pula (95) diikuti Klang (61), Gombak (31), Sepang (19), Kuala Selangor (12), Hulu Selangor (10) dan Sabak Bernam (satu),” katanya menerusi Facebook.

Selangor merekodkan 914 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah 99,893 dengan 2,943 daripadanya kes aktif. Negeri ini mencatat kes di bawah 1,000 sejak 21 Februari lepas.


Pengarang :