Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan kepada pasangan suami, isteri yang hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19. Foto: Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Pasangan suami, isteri hilang punca pendapatan terima bantuan zakat

SHAH ALAM, 7 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberi bantuan sara hidup sementara kepada sepasang suami isteri yang hilang punca pendapatan ekoran pandemik Covid-19.

Agensi itu memaklumkan paling menyedihkan apabila pasangan itu turut mempunyai dua anak kembar yang masih kecil dan perlu ditanggung.

“Kita difahamkan mereka menjana pendapatan dengan hanya berniaga di tepi jalan. Justeru, LZS terpanggil untuk turun padang hulur bantuan bagi meringankan beban mereka,” katanya di Facebook.

LZS berkata kelonggaran yang diberi kerajaan untuk pasar malam dan pasar tani kembali beroperasi baru-baru ini juga diharap dapat menstabilkan ekonomi keluarga tersebut.

“Teruskan berdoa agar keadaan yang melanda dunia ketika ini pulih dan kita dapat kembali mencari rezeki seperti sebelum ini,” katanya lagi.

 


Pengarang :