V Ganabatirau mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk berpendapatan rendah sekitar DUN Kota Kemuning baru-baru ini. Foto ihsan V Ganabatirau
ADNSELANGOR

Penduduk DUN Kota Kemuning terima sumbangan makanan depani PKP

SHAH ALAM, 4 FEB: Hampir 1,000 bakul makanan diagih kepada penduduk kurang berkemampuan (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning sejak bulan lalu.

Wakil rakyatnya berkata sumbangan beras, minyak masak, biskut dan sardin bernilai antara RM80 hingga RM90 dilaksana susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

V Ganabatirau memaklumkan sebanyak 480 bakul makanan diserahkan pada minggu pertama PKP dan 500 lagi diedarkan pada minggu berikutnya.

“Kita harap sumbangan ini membantu meringankan beban penduduk B40 ketika mendepani tempoh perintah kawalan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, agihan dibuat melalui khidmat sukarelawan, ketua kampung selain meminta penduduk mengambil sendiri bantuan tersebut.

 


Pengarang :