Petugas Kesihatan Selcare melakukan analisis sampel ketika Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Penduduk Seksyen 7, 9 dan 16 digesa buat saringan Covid-19 hari ini

SHAH ALAM, 20 FEB: Penduduk Seksyen 7, 9 dan 16 di sini digesa menjalani Saringan Komuniti di Dewan Melati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Pegawai Tadbir Hal Ehwal Komuniti Operasi Pasukan Khas Selangor Covid-19 (STFO) berkata saringan secara percuma bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Pihak kami menyasarkan antara 500 hingga 1,000 individu hadir menjalani saringan.

“Penduduk Shah Alam terutama di kawasan kepadatan tinggi digalak hadir menjalani saringan,” katanya kepada SelangorKini di Dewan Melati MBSA Seksyen 9.

Kerajaan Selangor melaksanakan saringan Covid-19 berskala besar di beberapa kawasan panas mulai 11 April tahun lepas bagi membendung perebakan selain turut memperkenal saringan secara pandu lalu.


Pengarang :