Orang ramai hadir menjalani Saringan Komuniti percuma secara bersasar di Dewan Tanjung Seksyen 19, Shah Alam pada 17 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Penduduk Shah Alam digalak sertai Saringan Komuniti percuma esok

SHAH ALAM, 19 FEB: Penduduk Seksyen 7, 9 dan 16 di sini digalakkan menjalani Saringan Komuniti di Dewan Melati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) esok, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata individu yang berminat hadir perlu mendaftar di screening.selangkah.my bagi melancarkan proses.

“Saringan secara percuma itu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. Penduduk berhampiran digalakkan untuk menyertai program ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sebelum ini, Saringan Komuniti secara bersasar itu diadakan di Seksyen 19 Shah Alam pada Rabu dan semalam di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Kerajaan Selangor melaksanakan saringan Covid-19 berskala besar di beberapa kawasan panas mulai 11 April tahun lepas bagi membendung perebakan selain turut memperkenal saringan secara pandu lalu.

Kaedah tersebut yang pertama di negara ini sebahagian usaha melandaikan keluk wabak dan mengesan lebih banyak kes.


Pengarang :