AGENDABERITA UTAMAEXCONASIONALSELANGOR

Pengunjung, peniaga patuh SOP, operasi pasar malam dan pagi lancar

SHAH ALAM, 15 FEB: Kepatuhan peniaga dan pengunjung pasar pagi serta malam negeri ini terhadap tatacara operasi piawai (SOP) meningkat.

EXCO kerajaan tempatan berkata setakat ini pihaknya mendapati operasi pasar berjalan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah.

“Pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan tahun lalu memudahkan PBT (pihak berkuasa tempatan) mengambil langkah sepatutnya dan kali ini semuanya memuaskan,” kata Ng Sze Han kepada SelangorKini semalam.

Selangor membuka kembali operasi pasar pagi mulai 18 Januari lalu dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari manakala pasar malam dibenarkan beroperasi dari jam 4 hingga 10 malam mulai 5 Februari.

Bagaimanapun kawalan dan SOP kawasan pasar ditentukan PBT mengikut kesesuaian masing-masing.


Pengarang :