Pelbagai koleksi Tanjak dari Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) yang dipamerkan ketika Program Kita ke Kampung Edisi Khas Kraf di Istana Tetamu, Klang pada 6 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pengusaha butik disaran pelajari bentuk, teknik hasilkan tanjak

KLANG, 7 FEB: Pengusaha butik pengantin disaran mempelajari bentuk dan teknik penghasilan tanjak dengan betul bagi memelihara falsafah serta simbolik aksesori lelaki Melayu.

Ahli persatuan penggiat seni alam melayu (Pernilam) Selangor berkata perhiasan itu lambang keperibadian bangsa Melayu yang perlu dihormati sebaliknya bukan direka atau digayakan sesuka hati.

“Ramai yang ambil mudah cari tanjak di butik pengantin untuk dipakai dan kita faham pengusaha di luar sana buat tanjak supaya boleh dipakai banyak kali, sebab itu kebanyakan kualiti dihasilkan keras.

Ahli Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM), Mohd Herin Mansor menunjukkan Demonstrasi membuat Tanjak Selangor ketika Program Kita ke Kampung Edisi Khas Kraf di Istana Tetamu, Klang pada 6 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita faham daripada segi kos tetapi siapa lagi yang boleh kekalkan warisan kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Rugi jika tidak dipelajari memandangkan ada cerita tersendiri,” kata Mohd Herin Mansor selepas demonstrasi kraf tanjak Selangor pada program Kita Ke Kampung di Kota Raja di sini, semalam.

Beliau juga mempelawa individu berkaitan mengunjungi Pernilam bagi mempelajari secara mendalam pembuatan tanjak seperti Balong Raja Selangor yang dipakai Duli Yang Maha Sultan (DYMM) Sultan Selangor dalam majlis adat istiadat.

“Ia selaras matlamat penubuhan Pernilam bagi menyediakan maklumat, latihan dan pameran kepada orang ramai untuk mengetahu bagaimana tanjak tradisional dibuat serta diwarisi cara adat lama,” katanya.

 


Pengarang :