Orang ramai melakukan ujian calitan dalam program Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Selangor di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Petaling catat 601 kes Covid-19, daerah tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 7 FEB: Petaling menyumbang kes harian Covid-19 tertinggi di Selangor selepas 601 jangkitan direkodkan semalam, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Agensi berkata dari jumlah itu 255 kes dicatat di Sungai Buloh, Damansara (178), Petaling (144) sementara Bukit Raja (24).

Diikuti daerah Klang sebanyak 201 kes dengan lebih separuh dilaporkan di Klang (157) manakala 44 kes Kapar.

“Sepang merekod 181 kes dengan 157 di Dengkil, Labu (18) dan Sepang (enam). Daerah Hulu Langat melibatkan 172 jangkitan; 68 di Kajang, Ampang (39), Semenyih (31), Cheras (25), Hulu Langat (lima) dan Beranang (empat).

“Sebanyak 154 kes di Gombak apabila 117 kes dikesan di Batu, Setapak (16), Rawanag (11) dan Hulu Kelang (10),” katanya menerusi Facebook semalam.

JKNS berkata Hulu Selangor melaporkan 80 kes dengan 45 di Serendah, Ampang Pecah (17), Batang Kali (enam), Kalumpang (lima), Rasa (empat), Hulu Yam (dua) dan Hulu Bernam (satu).

Menurutnya, Kuala Selangor mencatatkan 31 kes iaitu Ijok (15), Batang Berjuntai (sembilan), Tanjong Karang (lima) dan masing-masing satu kes di Jeram dan Kuala Selangor.

“Kuala Langat juga mempunyai 31 jangkitan. Separuh darinya di Tanjong Karang dengan 16 kes, Tanjung 12 (sembilan), Batu (empat) dan Morib (dua).

“Sebanyak 15 kes di Sabak Bernam dengan 14 di Sabak manakala satu di Pancang Bedena,” katanya.

Selangor merekodkan 1,481 kes baharu yang semuanya jangkitan tempatan.


Pengarang :