Selangorkini
Petugas kesihatan melakukan saringan Covid-19 di kaunter pandu lalu Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya pada 28 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENSI SELANGOR

Petaling kekal catat kes positif Covid-19 tertinggi

SHAH ALAM, 26 FEB: Petaling masih kekal mencatatkan kes tertinggi di Selangor selepas merekodkan 340 kes hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata jumlah itu melibatkan Damansara (109), Petaling (91), Sungai Buloh (87) dan Bukit Raja (53).

Diikuti Hulu Langat dengan 98 kes iaitu Ampang (40), Cheras (25), Kajang (24), Semenyih (empat), Hulu Langat (tiga) dan Beranang (dua).

“Klang catatkan 57 kes, masing-masing Klang (41) dan Kapar (16) manakala Kuala Langat merekodkan 45 kes meliputi Telok Pangkima Garang (21), Tanjung 12(18), Morib (empat) manakala Jugra dan Bandar (satu).

“Sebanyak 41 dilaporkan di Gombak melibatkan Kuang (25), Hulu Kelang (15 dan Rawang (satu). Kuala Sangor catat 19 kes iaitu Ijok (13), Bestari Jaya (empat) dan Jeram dan Kuala Selangor (satu),” katanya di Facebook.

Agensi berkata 17 kes dicatatkan di Sepang dengan Dengkil (13) serta Labu (empat) manakala Hulu Selangor rekodkan lapan kes, masing-masing empat kes di Ampang Pecah dan Serendah.

“Terdapat dua jangkitan dikesan di Sabak Bernam yang kedua-duanya dilaporkan di Panchang Bedena,” katanya.

Hari ini sebanyak 633 kes dilaporkan di Selangor termasuk dua jangkitan luar negara selain pertambahan empat kematian.

 


Pengarang :