Sebahagian dari 300 pekerja Top Glove yang dibawa keluar oleh petugas kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19 di Asrama Pekerja Top Glove Meru Klang pada 23 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Petaling tertinggi jangkitan Covid-19, rekod 338 kes

SHAH ALAM, 14 FEB: Sebanyak 338 kes Covid-19 direkodkan di Petaling hari ini menjadikan daerah itu mencatat angka jangkitan tertinggi.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata lebih separuh kes di daerah terbabit dikesan hasil daripada saringan kontak rapat.

Agensi memaklumkan sebanyak 109 kes di mukim Damansara, mukim Petaling (96), mukim Bukit Raja (80) dan mukim Sungai Buloh (53).

“Daerah Hulu Langat pada kedudukan kedua dengan 319 kes iaitu mukim Ampang (87), mukim Kajang (82), mukim Cheras (73), mukim Semenyih (26), mukim Hulu Langat (18) dan baki 25 kes penularan dalam penjara.

“Daerah Gombak pula mengumpul 207 kes, 77 daripadanya di mukim Batu, mukim Hulu Kelang (63), mukim Rawang (35), mukim Kuang (20) dan mukim Setapak (12),” katanya di Facebook.

JKNS berkata daerah Klang mencatat 164 kes iaitu 111 kes dikenal pasti di mukim Klang manakala mukim Kapar (52) dan baki satu lagi kes membabitkan penularan dalam penjara.

Katanya, sebanyak 31 kes dilaporkan di daerah Kuala Langat meliputi 10 kes di mukim Tanjung 12 (I), mukim Telok Panglima Garang (sembilan), mukim Tanjung 12 (II) (lapan), mukim Morib (tiga) dan mukim Jugra (satu).

“Daerah Kuala Selangor merekodkan 25 kes iaitu mukim Ijok (12), mukim Bestari Jaya (lima), mukim Tanjung Karang (empat), mukim Jeram (tiga) dan mukim Kuala Selangor (satu).

“Sebanyak sembilan kes dicatat di daerah Kuala Selangor, lapan daripadanya di mukim Serendah dan mukim Batang Kali (satu).

“Tujuh kes di daerah Sepang iaitu mukim Dengkil (lima) dan mukim Labu (dua) manakala tiga kes di daerah Sabak Bernam membabitkan mukim Pasir Panjang (dua) serta mukim Sungai Panjang (satu),” katanya.


Pengarang :