Anggota polis membuat pemeriksaan tatacara operasi piawai (SOP) di restoran ketika Perintah Kawalan Pergerkaan (PKP) di Seksyen 13, dekat sini malam tadi.
AGENDANASIONAL

PKP: Berkumpul di kedai makan, polis kompuan 10 individu

SHAH ALAM, 12 FEB: Seramai 10 individu dikompaun RM1,000 seorang selepas melanggar tatacara operasi piawai (SOP) di restoran ketika Perintah Kawalan Pergerkaan (PKP) di Seksyen 13, dekat sini malam tadi.

Ketua polis Shah Alam berkata dalam kejadian pada jam 9.25 malam, individu berusia 18 hingga 22 tahun itu didapati berkumpul satu meja sedangkan SOP hanya menetapkan dua orang untuk satu-satu masa.

“Tindakan itu jelas melanggar SOP PKP. Polis turut menahan pengurus restoran merupakan lelaki Bangladesh berusia 35 tahun kerana tidak mempunyai permit kerja sah.

“Pemilik premis yang berada di Port Dickson, Negeri Sembilan diarah hadir ke ibu pejabat polis daerah bagi membantu siasatan,” kata Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan Majlis Bandaraya Shah Alam mendapati premis terbabit menjalankan operasi tanpa lesen sah.

Mulai Rabu lalu, kerajaan membenarkan pelanggan makan di premis makanan namun terhad hanya dua individu untuk satu meja serta penjarakan fizikal satu meter.

 


Pengarang :